Monday, June 23, 2014

Layout & Lokasi Tapak Pasar Ramadhan & Car Boot Sale Raya 2014

Klik Pada Imej Untuk Zoom In

Car Boot Sale

Bazaar Ramadhan

Simpang Masuk

Jalan Ke UIA, Hotel Sri Manja dan Taman Bandar

Kompleks KDM


Friday, June 20, 2014

Pasar Ramadhan & Car Boot Sale Raya di Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan


Caj Sewaan

Pasar Ramadhan (Juadah Berbuka)
Saiz Tapak – 20’x10’
Caj Sewa RM40.00 sehari / RM1200.00 sebulan
2 unit Kanopi 10’x10’ warna biru milik peniaga
Kad Kesihatan (Lulus pemeriksaan kesihatan)

Car Boot Sale Raya (Kanopi)
Caj Sewa RM40.00 sehari / RM1200.00 sebulan
2 unit Kanopi 10’x10’ warna biru milik peniaga

Caj MPK
Permit Niaga Makan & minuman – RM160.50 seorang
Air Tebu/Kelapa – RM180.50 seorang + Deposit RM100.00 seorang
Pelbagai – RM300.00 seorang

Syarat dan Peraturan

Setiap peniaga mestilah memiliki Sijil Pendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang sah dan belum tamat tempoh dan tidak menjual produk yang menyalahi undang-undang Negara Malaysia.

Setiap peniaga mestilah menjaga kemudahan yang telah disediakan oleh pihak penganjur dan sentiasa menjaga keceriaan dan kebersihan tapak perniagaan.

Peniaga diwajibkan membuka perniagaan setiap hari bermula jam 10.00 pagi – 11.00 malam dan bagi peniaga pasar ramadhan bermula dari jam 4.00 petang hingga 11.00 malam.

Setiap peniaga bertanggungjawab memastikan keselamatan barang serta harta benda sendiri dan juga milik penganjur yang digunakan.

Kain/kanvas/penghadang/pembahagi kanopi berwarna putih sahaja yang dibenarkan.

Sebarang kecurian, kehilangan dan kerosakan milik peniaga adalah dibawah tanggungan peniaga. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas setiap perkara tersebut.

Peniaga juga tidak boleh menuntut sebarang ganti rugi atau apa-apa pampasan  dari penganjur keatas perkara yang disebabkan oleh bencana alam seperti banjir, ribut, taufan dan lain-lain.

Peniaga yang menggunakan peralatan elektrik akan dikenakan caj tambahan seperti di bawah:
  • RM50.00 – peti sejuk, tv, radio dan alat pencetak.
  • RM200.00 – alat hawa dingin


Pihak penganjur berhak untuk menamatkan penyertaan peniaga sekiranya didapati mengingkari syarat dan peraturan yang telah digariskan oleh penganjur. Sebarang bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.

Kos untuk lesen perniagaan, permit majlis perbandaran dan penyediaan sebarang dokumen wajib adalah dibawah tanggungan peniaga.

Pihak penganjur berhak membuat sebarang pindaan ke atas terma dan syarat tanpa sebarang notis dan persetujuan dari peniaga terlebih dahulu.




Antara syarat utama peniaga bazar Ramadhan di Kuantan tahun ini:
* Bekas makanan lutsinar
* Penyepit
* Apron
* Penutup kepala
* Penutup mulut
* Sarung tangan plastik

Thursday, June 5, 2014

Lokal Bazaar akan berada di Jelajah Iktiraf 2014 di FELDA Bukit Goh

Lokal Bazaar akan berada di Jelajah Iktiraf 2014 di Padang Awam, FELDA Bukit Goh, Kuantan dari 5/6 - 7/6 2014 jam 10 pagi hingga malam. Sebarang penyewaan tapak boleh hubungi 014-8443774 / 017-9844990. Satu tapak RM120 untuk 3 hari

Wednesday, May 28, 2014

Pencarian Anggun Ikon Hijabista 2014 - 31 Mei (Sabtu)


Lokal Bazaar 30 Mei - 1 Jun 2014. 
Pencarian Anggun Ikon Hijabista 2014. Peluang anda untuk menjadi model ikon berhijab. Datanglah untuk ujibakat pada 31 Mei (Sabtu) jam 10.00am. Pelbagai gerai jualan menarik sepanjang 3 hari!! Penampilan istimewa kumpulan We Hanarose II "Girlfriend" pada sabtu dari jam 10 pagi. Layari laman webhttp://lokalbazaar.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut.#lokalbazaar #paih2014

PENCARIAN ANGGUN IKON HIJABISTA 2014
MUSIM KE-2
KATEGORI A : 17 - 25 tahun
KATEGORI B : 26 - 35 tahun

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
  1. Para peserta mestilah seorang Warganegara Malaysia dan berumur 17 hingga 25 tahun bagi Kategori A, dan 26 hingga 35 tahun bagi Kategori B.
  2. Para peserta hendaklah membawa 2 keping gambar berukuran penuh dan close up berukuran 4R dan salinan Kad Pengenalan semasa menghantar borang penyertaan ini.
  3. Penyertaan di dalam program ini bukanlah satu kontrak dan para peserta tidak akan terikat dengan pihak penganjur. Yuran sebanyak RM35.00 akan dikenakan kepada para peserta semasa penyerahan borang dibuat kepada wakil sah pihak penganjur. Bayaran yuran RM35.00 tidak akan dipulangkan semula sekiranya peserta ingin menarik diri atau gagal hadir ke program tersebut.
  4. Segala urusan pembayaran yuran penyertaan hendaklah dibuat kepada wakil sah penganjur iaitu pihak Urusetia atau pihak Pengurusan SRF sahaja melalui no. talian seperti di bawah.
  5. Setiap bayaran akan disertakan resit pembayaran yang bercop syarikat
  6. Para peserta hendaklah mengemukakan resit tersebut semasa pendaftaran pada hari ujibakat (casting) diadakan.
  7. Para peserta yang hadir hendaklah berpakaian kemas,sopan dan tidak memakai sandal.
  8. Para peserta hendaklah tiba awal dan mendaftar dahulu di kaunter pendaftaran.
  9. Para peserta tidak dibenarkan merakam segala aktiviti sepanjang kursus ini dijalankan.
  10. Para peserta perlulah mengikut segala sesi photografi yang diaturkan penganjur.
  11. Acara Malam Kemuncak @ Grand Final akan diadakan di venue yang akan diberitahu semula. Para peserta yang terpilih ke Malam Kemuncak @ Grand Final akan dihubungi melalui telefon dan kehadiran mereka ke sesi raptai (rehearsal) dan Acara Malam Kemuncak @ Grand Final adalah DIWAJIBKAN. Segala perbelanjaan dan penginapan peserta ke sesi raptai dan malam kemuncak adalah di bawah tanggungan para peserta sendiri.
  12. Pihak penganjur berhak menggunakan segala hasil gambar dan aktiviti program ini pada masa akan datang tanpa perlu mendapatkan kebenaran dari peserta terlebih dahulu. SEMUA BENTUK HADIAH TIDAK BOLEH DITUKAR KEPADA WANG TUNAI.
  13. Untuk kelancaran program ini, para peserta haruslah mengikuti segala arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
  14. Segala keputusan juri adalah muktamad. Sebarang bantahan melalui surat menyurat ataupun telefon tidak akan dilayan.

SEBARANG PERTANYAAN DAN PEMBAYARAN:
ENA : 017-938 2475 /013-979 9775/016 776 9445
EDAH : 016-723 0810(wakil Pahang)


Wednesday, May 21, 2014

Tapak Pasar Ramadhan & Bazaar Raya Dibuka Untuk Peniaga

TAPAK PASAR RAMADHAN LOKAL BAZAAR TELAH BERPINDAH KE KOMPLEKS DAGANGAN MAHKOTA,  SILA RUJUK KEPADA BERITA TERKINI!


UNTUK PERMOHONAN TAPAK NIAGA, SILA HUBUNGI :-
LOKAL BAZAAR : 09-573 0510 / 017-984 4990 (AMIR) /
014-844 3774 (RIZAL)


Monday, May 19, 2014

PENCARIAN ANGGUN IKON HIJABISTA 2014 di Lokal Bazaar


Assalamualaikum hijabers, kini kami teruskan pencarian di negeri 'Tok Gajah' pula...yes!! PAHANG!! Kami akan berada disana hanya 1 hari,jadi jangan lepaskan peluang ini tau! Sila siap sedia sehabis seanggun secantik seboleh.. 
Dan anda akan berpeluang untuk menemui Juara Musim Pertama, @farahfafa90 ..nanti bolehlah ambik tips-tips sikit sebelum casting.. Jadi,tunggu apa lagi??
Spread this love dear!!#paih2014


Dapatkan borang di Lokal Bazaar!


Wednesday, May 14, 2014

T-Shirt Eksklusif Lokal Bazaar


T-shirt Eksklusif RM20.00 sehelai hanya di Lokal Bazaar

LIVE BIG SCREEN

Jom! LIVE BIG SCREEN di Lokal Bazaar depan Kolam Renang MPK, 16 Mei 2014 (Jumaat) Jam 8.00 malam! Masuk FREE! Macam2 ada dijual di sini!!

Acara Minggu 16 Mei 2014

Jom ke Lokal Bazaar minggu ini. Pelbagai acara menarik setiap hari 
16 Mei - Big Screen Bola JDT vs Pahang
17 Mei - Mini Showcase KTM Duke 
18 Mei - Mini Comp Skateboard & Open Karaoke
5.00pm - 12.00pm


Friday, May 9, 2014

LIVE! Pahang Vs Selangor!

Jom! Pahang VS Selangor LIVE dari Lokal Bazaar, Sabtu 10 Mei 8.00 malam! Masuk FREE!!

Wednesday, April 30, 2014

Pertandingan Karaoke



Pertandingan Karaoke Lokal Bazaar bermula Jumaat ni!! Hadiah Menarik!!! Samsung LED TV Bernilai lebih dari RM1000++ dan banyak lagi hadiah menarik!

Sunday, April 20, 2014

Perubahan Tapak Semasa Kejohanan Hoki



PENGUMUMAN
Pertukaran Sementara Tapak Lokal Bazaar semasa acara Hoki Antarabangsa. Tapak telah berpindah ke kawasan kaki lima kolam dan pentas atas kolam. Perubahan ini untuk memberi laluan parking kepada acara tersebut. Tapak akan kembali ke asal pada minggu ketiga Lokal Bazaar.

Selain itu, acara Jualan Car Boot juga akan bermula pada minggu ketiga Lokal Bazaar atas sebab ruang parking digunakan sepenuhnya pada 25hb April - 4hb Mei 2014.

Acara lain masih berjalan seperti biasa.
Sekian makluman.

Thursday, April 17, 2014

Wednesday, April 16, 2014

Acara Jualan Car Boot


Acara Jualan Car Boot Untuk Dipenuhkan. 

Daftar sekarang! Cuma ada 20 tapak ! 
Call 017-984 4990 atau 014-844 3774. 
Tiket harian cuma RM30/kereta dan Pendaftaran RM50 sahaja.

Wednesday, April 9, 2014

Gambar Tapak Lokal Bazaar


Lokal Bazaar Dari Kolam Renang MPK
Lokal Bazaar Dari Jalan Bypass Kuantan-Kemaman



Tuesday, April 8, 2014

Taklimat Terbuka Lokal Bazaar pada 13 April 2014.


Menjemput kepada semua yang berminat untuk hadir. Maklumat taklimat adalah seperti berikut :-

Tarikh : 13 April 2014
Waktu : 10 Pagi - 1.00 petang

Tempat :
Bilik Wawasan 1, Tingkat 1, Majlis Belia Negeri Pahang,
Wisma Belia, Bandar Indera Mahkota, Kuantan

Anda boleh mendapatkan borang penyertaan dan syarat-syarat Lokal Bazaar. Pembayaran juga boleh dilakukan pada hari tersebut. Sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat Lokal Bazaar di talian :-

017-984 4990 (Amir), 014-844 3774 (Rizal), 016-922 4777 (Faiisal),
014-211 6912
(Harry), 013-939 5540 (Yus) dan 016-921 0123 (Wan).


Tuesday, April 1, 2014

Bagaimana Untuk Mula Berniaga di Lokal Bazaar?


Peniaga perlu membayar yuran proses menjadi peniaga adalah sebanyak RM 1000.00 setelah diterima berniaga. Bayaran ini adalah termasuk : -
  • Kanopi berkualiti 10’ x 10’
  • Pendawai
  • Sewaan selama 1 bulan ( 12 hari )

Bayaran sewa adalah sebanyak RM 480.00 ( 4 minggu/12hari ) dan RM 600 ( 5 minggu/ 15 hari). Aktiviti berniaga akan berlansung pada setiap ahri Jumaat, Sabtu dab Ahad setiap minggu. Bayaran sewa tapak niaga adalah secara bulanan. Bayaran hendaklah dibuat pada setiap akhir bulan sebelum bulan berikutnya.
Kemudahan yang disediakan kepada peniaga adalah :-
  • Tapak Niaga
  • Permit Niaga
  • Lesen niaga
  • 1 soket lampu dan 1 punca elektrik
  • Tong sampah ( sekiranya hilang peniaga hendaklah mengganti semula )



Poster Lokal Bazaar


Jom niaga!! Rebutlah peluang berniaga bazaar di Indera Mahkota...
kawasan parking luas, tempat senang cari...!!!