SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN YANG WAJIB DIPATUHI OLEH PENIAGA LOKAL BAZAAR
- Peniaga diwajibkan berdaftar dengan pihak Lokal Bazaar dan tertakluk kepada syarat – syarat yang ditetapkan oleh pihak Lokal Bazaar.
- Peniaga perlu membayar yuran proses sebanyak RM 1000.00.
- Bayaran ini adalah termasuk: -
- Kanopi berkualiti 10’ x 10’
- Pendawaian elektrik di kanopi.
- Sewaan selama 1 bulan ( 12 hari )
- Bayaran sewa adalah sebanyak RM 480.00 - (4 minggu/12hari) dan RM 600 (5 minggu/ 15 hari).
- Aktiviti perniagaan akan berlangsung pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad setiap minggu. Bayaran sewa tapak niaga adalah secara bulanan. Bayaran hendaklah dijelaskan pada setiap minggu terakhir (minggu ke 4 atau ke 5) sebelum bulan berikutnya.
- Peniaga yang menggunakan peralatan elektrik untuk tujuan perniagaan akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM 10.00 / sebulan.
- Kemudahan yang disediakan kepada peniaga adalah
- Tapak Niaga
- Permit Niaga
- Lesen niaga
- 1 soket lampu dan 1 punca elektrik
- Tong sampah
- Aktiviti menggoreng dan memasak menggunakan kuali ditapak niaga adalah dilarang sama sekali, kecuali, peralatan seperti deep fry.
- Sekiranya terdapat sebarang aktiviti atau bayaran tambahan pihak Lokal Bazaar akan memaklumkan pada peniaga dari masa ke semasa.
- Sepanjang aktiviti berlangsung peniaga boleh berhubung dengan Penyelia Tapak sekiranya berlaku sebarang masalah.
- Setiap peniaga bertanggungjawab dengan kebersihan tapak masing-masing mengikut peraturan Lokal Bazaar dan kepada peniaga yang menjalankan perniagaan makanan dan minuman hendaklah memastikan kebersihan terhadap produk diutamakan.
- Pihak Lokal Bazaar hanya akan melakukan pembersihan diluar kawasan tapak niaga dan bukannya di dalam kawasan tapak niaga, tapak niaga adalah tanggungjawab peniaga sendiri.
- Tidak dibenarkan membawa haiwan peliharaan di tapak Lokal Bazaar.
- Dilarang mempamerkan gambar atau poster yang berunsurkan politik.
- Setiap peniaga bertanggungjawab membuat pameran dan jualan sepanjang aktiviti perniagaan berjalan.
- Tidak dibenarkan menutup perniagaan di dalam jadual waktu urus niaga yang telah ditetapkan tanpa alasan yang kukuh.
- Tidak dibenarkan menjual barang-barang yang menyalahi undang – undang Negara. Sekiranya berlaku sebarang masalah perlanggaran undang-undang, peniaga akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
- Hendaklah berpakaian sopan dan berakhlak baik semasa menjalankan perniagaan.
- Peniaga dilarang membuat gangguan terhadap perniagaan peniaga lain.
- Peniaga tidak boleh menghasut peniaga lain dan mencetus kekacauan antara sesama peniaga dan penganjur.
- Para peniaga tidak dibenarkan berniaga melebihi kawasan tapak sehingga menutup laluan pembeli atau menjejaskan pandangan.
- Peraturan Majlis Perbandaran Kuantan wajib dipatuhi.
- Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab di atas kegagalan pihak peniaga mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan seperti yang telah dinyatakan dan pihak pengurusan Lokal Bazaar berhak untuk menamatkan penyertaan peniaga pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
- Adalah menjadi tanggungjawab peniaga untuk menyimpan barang-barang berharga mereka di tempat yang selamat.