Lokal Bazaar 30 Mei - 1 Jun 2014.
Pencarian Anggun Ikon Hijabista 2014. Peluang anda untuk menjadi model ikon berhijab. Datanglah untuk ujibakat pada 31 Mei (Sabtu) jam 10.00am. Pelbagai gerai jualan menarik sepanjang 3 hari!! Penampilan istimewa kumpulan We Hanarose II "Girlfriend" pada sabtu dari jam 10 pagi. Layari laman webhttp://lokalbazaar.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut.#lokalbazaar #paih2014
PENCARIAN ANGGUN IKON HIJABISTA 2014
MUSIM KE-2
KATEGORI A : 17 - 25 tahun
KATEGORI B : 26 - 35 tahun
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
- Para peserta mestilah seorang Warganegara Malaysia dan berumur 17 hingga 25 tahun bagi Kategori A, dan 26 hingga 35 tahun bagi Kategori B.
- Para peserta hendaklah membawa 2 keping gambar berukuran penuh dan close up berukuran 4R dan salinan Kad Pengenalan semasa menghantar borang penyertaan ini.
- Penyertaan di dalam program ini bukanlah satu kontrak dan para peserta tidak akan terikat dengan pihak penganjur. Yuran sebanyak RM35.00 akan dikenakan kepada para peserta semasa penyerahan borang dibuat kepada wakil sah pihak penganjur. Bayaran yuran RM35.00 tidak akan dipulangkan semula sekiranya peserta ingin menarik diri atau gagal hadir ke program tersebut.
- Segala urusan pembayaran yuran penyertaan hendaklah dibuat kepada wakil sah penganjur iaitu pihak Urusetia atau pihak Pengurusan SRF sahaja melalui no. talian seperti di bawah.
- Setiap bayaran akan disertakan resit pembayaran yang bercop syarikat
- Para peserta hendaklah mengemukakan resit tersebut semasa pendaftaran pada hari ujibakat (casting) diadakan.
- Para peserta yang hadir hendaklah berpakaian kemas,sopan dan tidak memakai sandal.
- Para peserta hendaklah tiba awal dan mendaftar dahulu di kaunter pendaftaran.
- Para peserta tidak dibenarkan merakam segala aktiviti sepanjang kursus ini dijalankan.
- Para peserta perlulah mengikut segala sesi photografi yang diaturkan penganjur.
- Acara Malam Kemuncak @ Grand Final akan diadakan di venue yang akan diberitahu semula. Para peserta yang terpilih ke Malam Kemuncak @ Grand Final akan dihubungi melalui telefon dan kehadiran mereka ke sesi raptai (rehearsal) dan Acara Malam Kemuncak @ Grand Final adalah DIWAJIBKAN. Segala perbelanjaan dan penginapan peserta ke sesi raptai dan malam kemuncak adalah di bawah tanggungan para peserta sendiri.
- Pihak penganjur berhak menggunakan segala hasil gambar dan aktiviti program ini pada masa akan datang tanpa perlu mendapatkan kebenaran dari peserta terlebih dahulu. SEMUA BENTUK HADIAH TIDAK BOLEH DITUKAR KEPADA WANG TUNAI.
- Untuk kelancaran program ini, para peserta haruslah mengikuti segala arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
- Segala keputusan juri adalah muktamad. Sebarang bantahan melalui surat menyurat ataupun telefon tidak akan dilayan.
SEBARANG PERTANYAAN DAN PEMBAYARAN:
ENA : 017-938 2475 /013-979 9775/016 776 9445
EDAH : 016-723 0810(wakil Pahang)